Berikut merupakan tips yang mudah untuk murid0murid menulis nombor dalam perkataan. Dalam tajuk ini masalah akan timbul apabila adanya nombor sifar (0) dalam nombor yang dikemukakan. Apa yang perlu dibiasakan murid-murid ialah menggunakan kotak nombor bagi menguasai tajuk ini.
Contoh: Tuliskan 3074 dalam perkataan.
Langkah 1 : Bina kotak rumah bagi setiap nombor tersebut. Dalam contoh ini, terdapat empat rumah yang terlibat iaitu sa, puluh , ratus, ribu.
Langkah 2 : Masukkan nombor yang terdapat dalam soalan kerumah masing-masing.
Langkah 3 : Tukarkan setiap nombor dalam perkataan. Tuliska nombor yang berada di sebelah kiri dahulu diikuti dengan nilai rumahnya yang diwakilinya.
Contoh : Tiga ribu tujuh puluh empat.
- Perkataan yang bewarna merah mewakili nombor yang telah ditulis dalam perkataan.
- Perkataan yang bewarna hijau mewakili nilai rumah nombor tersebut.
- Nombor dalam rumah ratus tidak ditulis kerana nilainya sifar (0)
- Sa juga tidak ditulis keranan nilai sa itu mewakili 'satu' nombor sahaja.
Ulangi langkah ini pada contoh-contoh dibawah ini :
1) 1234
2) 1404
3) 6807
4) 3555
5) 2114
Murid-murid boleh mencuba soalan ini dan emailkan kepada saya jawapannya.
Email saya ashslayer90@gmail.com.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment