Wednesday, 12 September 2012

bentuk 3D

 





MARI MEMBINA BENTUK 3D!

Muat turun bentangan bentuk-bentuk 3D di bawah dan binakan bentuknya. Anda boleh juga boleh bekerja dalam kumpulan dan cuba hiasi bentuk yang telah dibina mengikut kreativiti masing-masing.


Tuesday, 11 September 2012

Bentuk 2D



Biskut Aida berbentuk segi empat sama.

Biskut ini mempunyai empat sisi.

Bilangan bucunya juga adalahempat.




Pinggan emak berbentuk bulatan.

Permukaan pinggan ini berbentukbulat.

Pinggan tidak mempunyai bucu.



  
Sekarang, cuba anda isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


Ini ialah segitiga.

Bentuk ini mempunyai ________ sisi.

Bentuk ini juga mempunyai _______ bucu.

Papan tanda amaran ini berbentuk _________!




Ini ialah bentuk segi empat tepat.
Bentuk ini mempunyai _______ sisi.
Sisi bertentangan adalah ______ panjang.
Bilangan bucunya ialah _______.

Sampul surat ayah berbentuk ________.




Ini ialah bentuk bujur.
Bentuk ini mempunyai sisi melengkung.
Ia tidak mempunyai ________.

Permaidani ini berbentuk _________.

Mari belajar Sampoa






Bagi adik-adik yang sudah tahu menggunakannya, anda boleh terus mengikuti cara penambahan mudah menggunakan sampoa seperti di bawah.  





Penambahan Mudah 


Penambahan nombor satu digit dengan nombor satu digit 
tanpa kumpul semula.





1 manik di bawah dinaikkan ke atas
untuk menunjukkan nilai 1.

Untuk ditambah dengan nilai 2, naikkan 2 manik lagi  ke atas.

Hasilnya adalah 3.





Penambahan nombor dua digit dengan nombor dua digit
tanpa kumpul semula.





Naikkan 2 manik bawah yang paling kanan ke arah palang/bim; dan
naikkan 1 manik bawah yang berada di sebelah kiri untuk menunjukkan 
nilai 12.

Untuk menambahkannya dengan nilai 31, 
gerakkan 1 manik di bahagian nilai tempat sa ke atas; dan 
3 manik bahagian nilai tempat puluh ke atas.

Hasilnya adalah 43.


Selamat Mencuba! (n_n)v

Lagu 1 hingga 10




asyik buat latihan jer skali sekala dgr lagu.
try to sing along.




this song about numbers
lets learnt how to count


MENTAFSIR SOALAN MATEMATIK

'Arghhhh.. stress nya belajar..!' Itukah keluhan murid-murid menjelang musim peperiksaan ini ? Jangan risau.. Disini saya ingin kongsikan beberapa persembahan slaid yang telah saya sediakan buat murid-murid dalam alam siber yang serba canggih ini. Diharap persembahan slaid ini akan membantu murid-murid.
Selamat menimba ilmu ye :)



























Monday, 10 September 2012

Permainan Nombor


Hai semua ! Ingin mencuba sesuatu yang baru pada hari ini ? Disini saya ada menyediakan beberapa bentuk permainan nombor yang amat menarik dan menguji minda kita. Permainan ini menarik kerana berkaitan matematik ! Saya tahu ramai yang suka akan matematik bukan ? Nombor dan kehidupan seharian kita memang tidak dapat dipisahkan dan sentiasa berkait rapat , jadi mari kita cuba permainan-permainan dibawah ini.

Selamat mencuba semua :)














*Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.